Wednesday, March 17, 2010

Khasiat Bunga Rafflesia

Bunga Pakma

Bunga Rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia.Ianya hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara. Bunga pakma spesies Rafflesia hasselti boleh didapati di Semenenjung Malaysia, terutamanya dalam hutan bukit di Perak dan Pahang, misalnya daerah Kampar, Tapah, Bukit Cameron, Temenggor, Lenggong dan Grik. Satu spesies bunga pakma di Indonesia ialah Refflesia patma. Di Sabah dan Sarawak terdapat beberapa spesies seperti Refflesia princei dan Rafflesia tuan-muda. Rafflesia manillana pula ialah spesies bunga pakma negara Filipina.

Bunga pakma ialah sejenis tumbuhan parasit yang tidak berdaun. Bahagian vegetif tumbuhan ini adalah struktur yang ringkas seperti kulat dalam kayu. Tumbuhan ini tidak mempunyai langsung bahagian yang hijau, dan oleh itu bunga pakma tidak menjalankan proses fotosintesis. Bunga pakma yang belum mekar dikumpul oleh orang melayu dan orang Asli untuk kegunaan ubat tradisional. Kudup bunga ini boleh dikeringkan satu-satu atau dipotong kecil-kecil sebelum ia dikeringkan. Air rebusan bunga pakma diminum oleh kaum wanita sebelum bersalin supaya senang melahirkan anak dan selepas bersalin untuk membersihkan dan menyempitkan rahim, kecutkan perut dan untuk awet muda. Bunga pakma juga digunakan sebagai ubat perancang, buasir dan untuk serikan muka wanita.

Di Jawa, anak dara minum teh bunga pakma untuk cantikkan bentuk perut. Selepas bersalin, minuman bunga pakma adalah untuk mambersihkan rahim dan kecantikan perut. Air bunga pakma juga diminum selepas haid dan sebagai perangsang untuk wanita.

Sunday, March 7, 2010




PENAWAR WARISAN BONDA HEBAT

PENAWAR WARISAN BONDA

Penawar Warisan Bonda, Insya Allah penawar buasir ini berupaya merawat dan menyembuhkan pelbagai penyakit terutamanya buasir peringkat awal hingga ke peringkat yang cukup kronik serta tidak memerlukan pembedahan, tiada kesan sampingan. Penawar ini adalah warisan turun menurun. Dapatkan segera penawar hebat ini.... Jangan biarkan diri anda dibelenggu derita akibat daripada penyakit buasir ini kerana penyakit buasir ini boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. Insya Allah kesannya dapat dilihat dalam masa dua minggu selepas pengambilan penawar ini.
Hubungi segera Ridzuan 019-4962176 untuk dapatkan maklumat lanjut .

Thursday, February 4, 2010

BUASIR


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis buasir

Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyebab utama

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat